Sekilas Biografi Al-Imam Abdullah Al-Haddad (Shohibur Ratib)
Imam Al-Allamah Al-Habib Abdullah bin Alwy Al-Hadad, lahir hari Rabu, Malam Kamis tanggal 5 Bulan Syafar 1044 H di Desa Sabir di Kota Tarim, wilayah Hadhromaut, Negeri Yaman.
Ratib al-Haddad dan Sejarahnya
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama dari
nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu
Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan
beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang
bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan
inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26
Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan
permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang
tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat
permintaan tersebut ialah untuk membentengi dengan suatu wirid dan zikir untuk
amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri
daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di
kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah
daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Mesjid
Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun
1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan
nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat
Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih.
Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini
diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan
daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat
menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah.
Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah
dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi pernah menyatakan
bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman
dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada
kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman
yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan boleh didapati di dalam
beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir.
Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin
Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca
pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan
dan kesulitan. Mudah-mudahan barangsiapa yang membaca ratib ini diselamatkan
Allah daripada bahaya dan kesusahan. Amin.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan
nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran
dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah
secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia
adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad
sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan
dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu
secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara
berkala atau cuai[1]. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan
Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh
kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.
Keutamaan Ratib Hadad.
Cerita-cerita yang dikumpulkan mengenai
kelebihan RatibAl-Haddad banyak tercatat dalam buku Syarah Ratib Al-Haddad,
antaranya: Telah berkata Habib Abu Bakar bin Abdullah Al-Jufri yang bertempat
tinggal di Seiwun (Hadhramaut): “Pada suatu masa kami serombongan sedang menuju
ke Makkah untuk menunaikan Haji, bahtera kami terkandas tidak dapat meneruskan
perjalanannya kerana tidak ada angin yang menolaknya. Maka kami berlabuh di
sebuah pantai, lalu kami isikan gerbah-gerbah (tempat isi air terbuat dari
kulit) kami dengan air, dan kami pun berangkat berjalan kaki siang dan malam,
kerana kami bimbang akan ketinggalan Haji. Di suatu perhentian, kami cuba
meminum air dalam gerbah itu dan kami dapati airnya payau dan masin, lalu kami
buangkan air itu. Kami duduk tidak tahu apa yang mesti hendak dibuat. Maka saya
anjurkan rombongan kami itu untuk membaca Ratib Haddad ini, mudah-mudahan Allah
akan memberikan kelapangan dari perkara yang kami hadapi itu. Belum sempat kami
habis membacanya, tiba-tiba kami lihat dari kejauhan sekumpulan orang yang
sedang menunggang unta menuju ke tempat kami, kami bergembira sekali. Tetapi
ketika mereka mendekati kami, kami dapati mereka itu perompak-perompak yang
kerap merampas harta-benda orang yang lalu-lalang di situ. Namun rupanya Allah
Ta’ala telah melembutkan hati mereka bila mereka dapati kami terkandas di situ,
lalu mereka memberi kami minum dan mengajak kami menunggang unta mereka untuk
disampaikan kami ke tempat sekumpulan kaum Syarif* tanpa diganggu kami sama
sekali, dan dari situ kami pun berangkat lagi menuju ke Haji, syukurlah atas
bantuan Alloh SWT karena berkat membaca Ratib ini.
Cerita ini pula diberitakan oleh seorang
yang mencintai keturunan Sayyid, katanya: “Sekali peristiwa saya berangkat dari
negeri Ahsa’i menuju ke Hufuf. Di perjalanan itu saya terlihat kaum Badwi yang
biasanya merampas hak orang yang melintasi perjalanan itu. Saya pun berhenti
dan duduk, di mana tempat itu pula saya gariskan tanahnya mengelilingiku dan
saya duduk di tengah-tengahnya membaca Ratib ini. Dengan kuasa Alloh mereka
telah berlalu di hadapanku seperti orang yang tidak menampakku, sedang aku
memandang mereka.” Begitu juga pernah berlaku semacam itu kepada seorang alim
yang mulia, namanya Hasan bin Harun ketika dia keluar bersama-sama teman-temannya
dari negerinya di sudut Oman menuju ke Hadhramaut. Di perjalanan mereka dibajak
oleh gerombolan perompak, maka dia menyuruh orang-orang yang bersama-samanya
membaca Ratib ini. Alhamdulillah, gerombolan perompak itu tidak mengapa-apakan
siapapun, malah mereka berlalu dengan tidak mengganggu.
Apa yang diberitakan oleh seorang Arif
Billah Abdul Wahid bin Subait Az-Zarafi, katanya: Ada seorang penguasa yang
ganas yang dikenal dengan nama Tahmas yang juga dikenal dengan nama Nadir Syah.
Tahmas ini adalah seorang penguasa ajam yang telah menguasai banyak dari
negeri-negeri di sekitarannya. Dia telah menyediakan tentaranya untuk memerangi
negeri Aughan. Sultan Aughan yang bernama Sulaiman mengutus orang kepada Imam
Habib Abdullah Haddad memberitahunya, bahwa Tahmas sedang menyiapkan tentera
untuk menyerangnya. Maka Habib Abdullah Haddad mengirim Ratib ini dan menyuruh
Sultan Sulaiman dan rakyatnya membacanya. Sultan Sulaiman pun mengamalkan
bacaan Ratib ini dan memerintahkan tenteranya dan sekalian rakyatnya untuk
membaca Ratib i ini dengan bertitah: “Kita tidak akan dapat dikuasai Tahmas
kerana kita ada benteng yang kuat, iaitu Ratib Haddad ini.” Benarlah apa yang
dikatakan Sultan Sulaiman itu, bahwa negerinya terlepas dari penyerangan Tahmas
dan terselamat dari angkara penguasa yang ganas itu dengan sebab berkat Ratib
Haddad ini.
Saudara penulis Syarah Ratib Al-Haddad ini
yang bernama Abdullah bin Ahmad juga pernah mengalami peristiwa yang sama,
yaitu ketika dia berangkat dari negeri Syiher menuju ke bandar Syugrah dengan
kapal, tiba-tiba angin macet tiada bertiup lagi, lalu kapal itu pun terkandas
tidak bergerak lagi. Agak lama kami menunggu namun tidak berhasil juga. Maka
saya mengajak rekan-rekan membaca Ratib ini , maka tidak berapa lama datang angin
membawa kapal kami ke tujuannya dengan selamat dengan berkah membaca Ratib ini.
Suatu pengalaman lagi dari Sayyid Awadh
Barakat Asy-Syathiri Ba’alawi ketika dia belayar dengan kapal, lalu kapal itu
telah tersesat jalan sehingga membawanya terkandas di pinggir sebuah batu
karang. Ketika itu angin juga macet tidak dapat menggerakkan kapal itu keluar
dari bahayanya. Kami sekalian merasa bimbang, lalu kami membaca Ratib ini
dengan niat Alloh akan menyelamatkan kami. Maka dengan kuasa Alloh SWT
datanglah angin dan menarik kami keluar dari tempat itu menuju ke tempat tujuan
kami. Maka kerana itu saya amalkan membaca Ratib ini. Pada suatu malam saya
tertidur sebelum membacanya, lalu saya bermimpi Habib Abdullah Haddad datang
mengingatkanku supaya membaca Ratib ini, dan saya pun tersadar dari tidur dan
terus membaca Ratib Haddad itu.
Di antaranya lagi apa yang diceritakan
oleh Syeikh Allamah Sufi murid Ahmad Asy-Syajjar, iaitu Muhammad bin Rumi
Al-Hijazi, dia berkata: “Saya bermimpi seolah-olah saya berada di hadapan Habib
Abdullah Haddad, penyusun Ratib ini. Tiba-tiba datang seorang lelaki memohon
sesuatu daripada Habib Abdullah Haddad, maka dia telah memberiku semacam rantai
dan sayapun memberikannya kepada orang itu. Pada hari besoknya, datang kepadaku
seorang lelaki dan meminta daripadaku ijazah (kebenaran guru) untuk membaca
Ratib Haddad ini, sebagaimana yang diijazahkan kepadaku oleh guruku Ahmad
Asy-Syajjar. Aku pun memberitahu orang itu tentang mimpiku semalam, yakni
ketika saya berada di majlis Habib Abdullah Haddad, lalu ada seorang yang
datang kepadanya. Kalau begitu, kataku, engkaulah orang itu.” Dari kebiasaan
Syeikh Al-Hijazi ini, dia selalu membaca Ratib Haddad ketika saat ketakutan
baik di siang hari mahupun malamnya, dan memang jika dapat dibaca pada
kedua-dua masa itulah yang paling utama, sebagaimana yang dipesan oleh penyusun
Ratib ini sendiri. Ada seorang dari kota Quds (Syam) sesudah dihayatinya
sendiri tentang banyak kelebihan membaca Ratib ini, dia lalu membuat suatu
ruang di sudut rumahnya yang dinamakan Tempat Baca Ratib, di mana dikumpulkan
orang untuk mengamalkan bacaan Ratib ini di situ pada waktu siang dan malam.
Di antaranya lagi, apa yang diberitakan
oleh Sayyid Ali bin Hassan, penduduk Mirbath, katanya: “Sekali peristiwa aku
tertidur sebelum aku membaca Ratib, aku lalu bermimpi datang kepadaku seorang
Malaikat mengatakan kepadaku: “Setiap malam kami para Malaikat berkhidmat
buatmu begini dan begitu dari bermacam-macam kebaikan, tetapi pada malam ini
kami tidak membuat apa-apa pun karena engkau tidak membaca Ratib. Aku terus
terjaga dari tidur lalu membaca Ratib Haddad itu dengan serta-merta.
Setengah kaum Sayyid bercerita tentang
pengalamannya: “Jika aku tertidur ketika aku membaca Ratib sebelum aku
menghabiskan bacaannya, aku bermimpi melihat berbagai-bagai hal yang
mengherankan, tetapi jika sudah menghabiskan bacaannya, tidak bermimpi apa-apa
pun.”
Di antara yang diberitakan lagi, bahawa
seorang pecinta kaum Sayyid, Muhammad bin Ibrahim bin Muhammad Mughairiban yang
tinggal di negeri Shai’ar, dia bercerita: “Dari adat kebiasaan Sidi Habib
Zainul Abidin bin Ali bin Sidi Abdullah Haddad yang selalu aku berkhidmat
kepadanya tidak pernah sekalipun meninggalkan bacaan Ratib ini. Tiba-tiba suatu
malam kami tertidur pada awal waktu Isya’, kami tidak membaca Ratib dan tidak
bersembahyang Isya’, semua orang termasuk Sidi Habib Zainul Abidin. Kami tidak
sedarkan diri melainkan di waktu pagi, di mana kami dapati sebagian rumah kami
terbakar.
Kini tahulah kami bahwa semua itu berlaku karena tidak membaca Ratib ini. Sebab itu kemudian kami tidak pernah meninggalkan bacaannya lagi, dan apabila sudah membacanya kami merasa tenteram, tiada sesuatupun yang akan membahayakan kami, dan kami tidak bimbang lagi terhadap rumah kami, meskipun ia terbuat dari dedaunan korma, dan bila kami tidak membacanya, hati kami tidak tenteram dan selalu kebimbangan.”
Kini tahulah kami bahwa semua itu berlaku karena tidak membaca Ratib ini. Sebab itu kemudian kami tidak pernah meninggalkan bacaannya lagi, dan apabila sudah membacanya kami merasa tenteram, tiada sesuatupun yang akan membahayakan kami, dan kami tidak bimbang lagi terhadap rumah kami, meskipun ia terbuat dari dedaunan korma, dan bila kami tidak membacanya, hati kami tidak tenteram dan selalu kebimbangan.”
Berkata Habib Alwi bin Ahmad, penulis
Syarah Ratib Al-Haddad: “Siapa yang melarang orang membaca Ratib ini dan juga
wirid-wirid para salihin, niscaya dia akan ditimpa bencana yang berat daripada
Allah Ta’ala, dan hal ini pernah berlaku dan bukan omong-omong kosong.” Berkata
Sidi Habib Muhammad bin Zain bin Semait Ba’alawi di dalam kitabnya Ghayatul
Qasd Wal Murad: Telah berkata Saiyidina Habib Abdullah Haddad: “Siapa yang
menentang atau membangkang orang yang membaca Ratib kami ini dengan secara
terang-terangan atau disembunyikan pembangkangannya itu akan mendapat bencana
seperti yang ditimpa ke atas orang-orang yang membelakangi zikir dan wirid atau
yang lalai hati mereka dari berzikir kepada Allah Ta’ala. Allah Ta’ala
berfirman: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingatiKu, maka baginya akan
ditakdirkan hidup yang sempit.” ( Thaha: 124 ) Allah berfirman lagi: “Dan
barangsiapa yang berpaling dari mengingati Tuhan Pemurah, Kami balakan baginya
syaitan yang diambilnya menjadi teman.”
( Az-Zukhruf: 36 ) Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingat Tuhannya, Kami akan menurukannya kepada siksa yang menyesakkan nafas.” ( Al-Jin: 17)
( Az-Zukhruf: 36 ) Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingat Tuhannya, Kami akan menurukannya kepada siksa yang menyesakkan nafas.” ( Al-Jin: 17)
(1) Dipetik dari: Syarah Ratib Haddad:
Analisa Dan Komentar – karangan Syed Ahmad Smith, terbitan Pustaka Nasional
Pte. Ltd.
download teks rottibul haddad:
0 komentar:
Posting Komentar